Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Thursday 24 January 2013


Hari ke-6 di KSNP

Aktiviti melihat kelip-kelip pada malam hari (hari ke-5 di KSNP) merupakan satu pengalaman baru dan menyeronokkan untuk semua peserta. Banyak maklumat dan pengetahuan baru yang dipelajari. Oleh itu, pada keesokan harinya, hari ke-6 di KSNP, sesi perbincangan telah diadakan. Menurut En. Sonny Wong, terdapat beberapa habitat kelip-kelip yang baru telah dijumpai. Selain itu, terdapat juga kawasan yang dahulunya dihuni oleh kelip-kelip tidak lagi menjadi habitat buat kelip-kelip. Hal ini mungkin terjadi kerana ekologi kawasan tersebut telah terganggu akibat pembalakan di kawasan-kawasan berdekatan. Kesimpulannya, kelip-kelip dapat menjadi satu indikator buat sebarang perubahan kepada ekologi dan ekosistem alam.




Peserta turut didedahkan mengenai pelbagai teknik  dan ‘petua-petua’ berguna sewaktu sesi pendidikan alam sekitar yang dikendalikan oleh En. Prasad. Selain itu, tugasan berkumpulan turut diberikan. Kami turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama dengan Kelab Pencinta Alam (MNS) menguruskan hari bencah sedunia (Wetland Day).


                                            Sesi perbincangan berkumpulan

                                                  Praktikal mengambil sampel air

Pada waktu petang pula,  sesi lapangan telah diadakan. Satu pengalaman baru buat kami kerana buat pertama kali kami dibawa melihat burung di menara.

Taklimat kepada semua peserta

Jalan ke menara yang berbecak

Memerhatikan burung dari menara

Antara spesis kulat di hutan KSNP

Pada waktu malam pula, sesi praktikal melihat kelip-kelip dijalankan. Pada malam itu, bilangan kelip-kelip yang dijumpai tidak sebanyak pada hari ke-5. Cuaca yang hendak hujan mungkin menjadi faktor utama. Selain itu, tidak banyak larva yang ditemui.



Jadual tamat pada pukul 11.30 malam. Banyak pengalaman, ilmu dan pengetahuan baru yang ditimba pada hari ini…