Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Thursday 20 December 2012

SEE Nature 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli Kelab Rakan Taman semua!!



 berminat menjadi ala saintis? saintis muda?
berminat nak mengkaji tentang burung?
berminat nak mengkaji kehidupan kelip-kelip?
berminat nak masuk paya bakau? 

rasai pengalaman selama 20 hari dalam Program Kesedaran Alam UKM-MNS atau S.E.E. Nature Program 2013. "Seek, Educate, Embrace Nature". program ini adalah anjuran Kelab Rakan Taman bersama dengan Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat HEJIM UKM, NGO Malaysian Nature Society, FST, LESTARI, IZISH dan Kelab Eko-relawan.

 Tarikh: 19 Januari 2013 sehingga 7 Februari 2013 (20 hari)
Tempat: Taman Alam Kuala Selangor
Terhad: 30 orang sahaja (bukan ahli pun boleh, kita masih buka pendaftaran keahlian)

penginapan: disediakan percuma
makanan: disediakan percuma
baju: insyaAllah percuma

kami masih mencari AJK, LC kami sedang usahakan 3 unit. tahun lepas 23 peserta telah mendapat 3 unit dalam program yang sama pada bulan Januari 2012.
jika tidak mahu LC, boleh sertai kami sebagai peserta.

 hubungi Arrabe' 0122517488 atau balas email rakantaman @gmail.com ataupun join FB di bawah. 

--
 Kelab Rakan Taman UKM
"bersama menghijaukan alam"
 blog rasmi: www.rakantaman.blogspot.com (pendaftaran online)
emel rasmi: rakantaman@gmail.com

----
sertai kami di grup FB untuk perbincangan pantas: http://www.facebook.com/groups/rakantaman/

sertai kami di fanpage FB untuk memori gambar dan info umum: http://www.facebook.com/rakantaman

Saturday 8 December 2012

Photo Contest YEE2012

baru-baru ini (25 November 2012), Kelab Rakan Taman telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Fotografi dalam Youth Environmental Expo UPM-MNS (YEE) iaitu  Anis Mardhiah Ibrahim.
YEE ini adalah anjuran Malaysian Nature Society (MNS) dan Universiti Putra Malaysia. sebanyak 15 penyertaan daripada pelbagai universiti telah menyertai pertandingan ini.

syarat pertandingan ini ialah
1. peserta dilepaskan oleh perasmi program pada 25 November 2012 untuk mengambil gambar bersesuaian dengan tema "we love, we care, we conserve" di sekitar UPM.
2. peserta akan menghantar softcopy gambar kepada urusetia sebelum jam 5 petang.
3. undian akan dibuat melalui jumlah klik terbuat selama seminggu.
4. keputusan akan diumumkan pada 8 Disember 2012.


gambar yang telah dipilih oleh Anis
Anis Mardhiah Ibrahim





kenapa gambar ini dipilih?


jadi setelah seminggu kami hanya berjaya mendapatkan 361 undi like.


keputusan telah dikeluarkan, kita tidak tidak menang. tetapi Kelab Rakan Taman tetap berbangga kerana Anis telah berusaha gigih untuk menyertai pertandingan ini dan menambat hati setiap pengundi. tahniah diucapkan! jangan bimbang, kita tidak akan patah semangat dan kita akan terus memberikan gambar-gambar yang berkualiti dan mempunyai makna tinggi pada pertandingan yang akan datang. bersama kita terus menyokong usaha kelestarian alam.

klik disini untuk lihat 15 penyertaan. YEE Photo Contest #Entry

Friday 7 December 2012

Konvensyen Kampus Lestari 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekarang sedang berlangsung Konvensyen Kampus Lestari 2012 di Bilik Senat aras 5 canselori.
bermula hari ini 8 Disember dan 9 Disember 2012. 

kita dijemput untuk menghadiri konvensyen. ada pameran dan pembentangan pelajar tentang projek-projek kelestarian alam. mungkin daripada konvensyen ni kita dapat idea untuk melestarikan alam! waw.

nak tahu lebih lanjut? klik sini KKL 2012

siapa yang free petang ni dan esok, jom sertai kami, jadi wakil kelab rakan taman.
boleh contact kak ina - 0132443661.

sertai kami di grup FB untuk perbincangan pantas: 
sertai kami di fanpage FB untuk memori gambar dan info umum:



Monday 29 October 2012

Explorace Taman UKM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
terima kasih kerana mendaftar menjadi ahli Kelab Rakan Taman.

adalah dimaklumkan, anda dijemput untuk menghadiri program Explorace Taman Paku Pakis dan Taman Herba

tema      : "bersama cintai kehijauan"
tarikh     : 4 November 2012 (Ahad)

masa berkumpul             : 9 pagi
masa makan tengah hari : 12.30 tengah hari 
masa bersurai                 : 1 petang

tempat berkumpul : foyer bangunan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi (berdekatan parkir berhadapan Fakulti Ekonomi Perniagaan dan Kolej Aminudin Baki)

aktiviti:
1. lawatan ke taman paku pakis dan taman herba
2. pembahagian kumpulan kepada 4 orang 1 kumpulan.
3. bagi yang tiada kumpulan kita akan masukkan ke dalam kumpulan yang kosong
4. peserta akan diberi cabaran di setiap Checkpoint.
5. jika tugasan tidak dapat diselesaikan akan didenda.

bayaran : percuma (ahli sahaja), RM6 (bukan ahli)
1 kumpulan 4 orang
pendaftaran keahlian masih terbuka, bawa rakan anda!
bagi yang sudah mendpaat kad ahli, sila bawa kad anda bersama!

p/s: pastikan anda mendapat (semasa Explorace)
1. kad keahlian semasa pendaftaran ahad ini (bagi yang belum dapat.
2. minum pagi dan makan tengah hari

3. cop kehadiran (selepas habis program sahaja)

Thursday 18 October 2012

HELLO Rakan Taman



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
terima kasih kerana mendaftar menjadi ahli Kelab Rakan Taman.

adalah dimaklumkan, anda dijemput untuk menghadiri program HELLO Rakan Taman.

program : HELLO Rakan Taman!
tema      : "Come and HavE Lifelong Learning Opputunity (HELLO) in Rakan Taman"
tarikh     : 20 Oktober 2012 (Sabtu)

masa berkumpul             : 9 pagi
masa makan tengah hari : 12.30 tengah hari 
masa bersurai                 : 1 petang

tempat berkumpul : foyer bangunan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi (berdekatan parkir berhadapan Fakulti Ekonomi Perniagaan dan Kolej Aminudin Baki)

aktiviti:
1. pengenalan dan tayangan filem pendek
2. pemberian cabutan bertuah
3. lawatan ke taman paku pakis dan taman herba
4. latihan dalam kumpulan 

bayaran : percuma (ahli sahaja), RM6 (bukan ahli)
pendaftaran keahlian masih terbuka, bawa rakan anda!

p/s: pastikan anda mendapat (semasa HELLO)
1. kad keahlian semasa pendaftaran program HELLO sabtu ini (semasa pendaftaran)
2. cabutan bertuah (bawa resit pendaftaran)
3. tulis nama anda untuk menyertai program kami yang akan datang
4. minum pagi dan makan tengah hari
5. cop kehadiran (selepas habis program sahaja)

Friday 7 September 2012

Selamat Menempuh Lembaran Hidup Baru di UKM :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami dari pimpinan Kelab Rakan Taman UKM ingin mengucapkan: 
Selamat Datang kepada semua pelajar baru dan Selamat Menempuh Lembaran Hidup yang Baru di UKM :)


Dan belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga UKM amnya dan Ahli Kelab Rakan Taman khasnya.

Friday 6 July 2012

Latihan Kepimpinan Program Kesedaran Alam UKM-MNS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli kelab Rakan Taman.




untuk makluman semua, Kelab Rakan Taman mencari lagi peserta untuk Program:


Latihan Kepimpinan Program Kesedaran Alam UKM -MNS
Tarikh: 27-29 Ogos 2012
Tempat: Hutan Pendidikan Alam dan Taman Alam Kuala Selangor.
Penginapan: disediakan, insyaAllah Kolej Ibu Zain. sila beritahu jika ada penginapan sendiri.
LC: disediakan atas permintaan.

SMS saya jika anda mahu terlibat sama. Taip TOT PKA (jarak) Nama penuh ke 0122517488

Sila rujuk pdf senarai nama yang terpilih dan jika nama anda tiada sila maklumkan pada saya sebelum 13 Julai 2012.

Jika anda masih ragu-ragu tentang program ini boleh rujuk pdf program tentatif.



Selamat bercuti semua!
Semoga masa cuti ini dimanfaatkan sebaiknya



-Bersama Menghijaukan Alam-

Mesyuarat Agung Kelab

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Anda adalah Ahli Kelab Rakan Taman UKM



1. 21 April 2012 (Sabtu ini) akan diadakan Mesyuarat Agung (AGM) Kelab Rakan Taman UKM.
anda semua dijemput hadir. butiran seperti di bawah dan lampiran poster:



                    Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Tempat: DK 3F 203
Masa & Tentatif:
8.30 - 8.45 pagi : Pendaftaran
8.45 - 9.15 pagi : Ucapan Presiden dan Penasihat
9.15 - 10.00 pagi : Laporan Setiausaha dan Bendahari
10.00 - 11.00 pagi: Pilihanraya Jawatankuasa & Minum Pagi
11.00 - 12.00 tgh: Pembentangan Usul dan Lantikan pimpinan baru
12.00 tgh : bersurai

2. buat julung kali, Kelab Rakan Taman akan menganjurkan pilihanraya untuk pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi 2012/2013.

Justeru, anda dijemput untuk menjadi calon kerana anda dilihat berpotensi untuk menjadi calon. Semua pelajar dari pelbagai Fakulti digalakkan. Penyertaan percuma!

Sila isi borang yang dilampirkan dan sila serahkan kembali kepada kami sebelum atau pada 19 April (Khamis).

B3. bagi mereka yang belum berdaftar dan ingin menyertai kelab rakan taman, sila isi borang keahlian dilampirkan dan email kembali kepada kami sebelum 19 April 2012 (Khamis)

4. Sila respon kehadiran RVSP sebelum 19 April 2012 (Khamis) ini untuk tempahan makanan. kami akan berikan kupon makanan bagi mereka yang respon awal. boleh email atau sms [AGM hadir (jarak) Nama anda] ke 0122517488

5. Cadangan usul boleh diberikan sekarang dan cadangan penambahbaikan Kelab Rakan Taman melalui email ini sebelum AGM berlangsung. Usul anda sangat bermakna untuk dibincangkan dalam mesyuarat nanti. boleh email atau SMS [AGM Usul (jarak) Nama Anda (jarak) Cadangan Usul ke 0122517488

"Tahniah dan sila respon segera. Percayalah anda sangat penting buat kami"

-Bersama Menghijaukan Alam-

Program Kemahiran Kembara Alam


Satu program yang sangat menarik. Mempunyai misi yang sangat berguna kepada semua ahli iaitu mengenali alam dengan lebih dekat melalui pembinaan rintis baru. Program yang bakal berlangsung pada 17 Mac 2012 di Hutan Pendidikan Alam UKM, menawarkan seribu satu pengalaman yang baru bagi mereka yang meminati alam ciptaan yang Maha Esa. Sijil juga ditawarkan kepada mereka yang menyertai program ini.

-Bersama Menghijaukan Alam-

Bengkel Aspirasikan Kehidupan Dengan Buah-buahan


Mari kita bersama mendalami dan berusaha membongkar kebaikan buah-buahan.
Sila hubungi nama seperti diatas bagi sesiapa yang berminat.
Terima kasih

-Bersama Menghijaukan Alam-

Perasmian Kelab



Kelab Rakan Taman UKM sangat berbangga dengan kehadiran YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan kelab ini secara rasminya pada 29 Mac 2010.


Kehadiran YAB kami dahului dengan ucapan terima kasih.

-Bersama Menghijaukan Alam-

Selamat Datang :)


Blog Kelab Rakan Taman ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti terbaru dan bakal dijalankan. Kelab Rakan Taman Universiti kebangsaan Malaysia dengan ini mengajak semua pelawat dalam blog ini untuk menambahkan rasa kecintaan kepada alam ciptaan yang Maha Esa ini. Diharapkan blog ini dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan ilmu tentang alam ini..

-BERSAMA MENGHIJAUKAN ALAM-