Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Friday 6 July 2012

Latihan Kepimpinan Program Kesedaran Alam UKM-MNS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli kelab Rakan Taman.




untuk makluman semua, Kelab Rakan Taman mencari lagi peserta untuk Program:


Latihan Kepimpinan Program Kesedaran Alam UKM -MNS
Tarikh: 27-29 Ogos 2012
Tempat: Hutan Pendidikan Alam dan Taman Alam Kuala Selangor.
Penginapan: disediakan, insyaAllah Kolej Ibu Zain. sila beritahu jika ada penginapan sendiri.
LC: disediakan atas permintaan.

SMS saya jika anda mahu terlibat sama. Taip TOT PKA (jarak) Nama penuh ke 0122517488

Sila rujuk pdf senarai nama yang terpilih dan jika nama anda tiada sila maklumkan pada saya sebelum 13 Julai 2012.

Jika anda masih ragu-ragu tentang program ini boleh rujuk pdf program tentatif.



Selamat bercuti semua!
Semoga masa cuti ini dimanfaatkan sebaiknya



-Bersama Menghijaukan Alam-

Mesyuarat Agung Kelab

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Anda adalah Ahli Kelab Rakan Taman UKM



1. 21 April 2012 (Sabtu ini) akan diadakan Mesyuarat Agung (AGM) Kelab Rakan Taman UKM.
anda semua dijemput hadir. butiran seperti di bawah dan lampiran poster:



                    Tarikh: 21 April 2012 (Sabtu)
Tempat: DK 3F 203
Masa & Tentatif:
8.30 - 8.45 pagi : Pendaftaran
8.45 - 9.15 pagi : Ucapan Presiden dan Penasihat
9.15 - 10.00 pagi : Laporan Setiausaha dan Bendahari
10.00 - 11.00 pagi: Pilihanraya Jawatankuasa & Minum Pagi
11.00 - 12.00 tgh: Pembentangan Usul dan Lantikan pimpinan baru
12.00 tgh : bersurai

2. buat julung kali, Kelab Rakan Taman akan menganjurkan pilihanraya untuk pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi 2012/2013.

Justeru, anda dijemput untuk menjadi calon kerana anda dilihat berpotensi untuk menjadi calon. Semua pelajar dari pelbagai Fakulti digalakkan. Penyertaan percuma!

Sila isi borang yang dilampirkan dan sila serahkan kembali kepada kami sebelum atau pada 19 April (Khamis).

B3. bagi mereka yang belum berdaftar dan ingin menyertai kelab rakan taman, sila isi borang keahlian dilampirkan dan email kembali kepada kami sebelum 19 April 2012 (Khamis)

4. Sila respon kehadiran RVSP sebelum 19 April 2012 (Khamis) ini untuk tempahan makanan. kami akan berikan kupon makanan bagi mereka yang respon awal. boleh email atau sms [AGM hadir (jarak) Nama anda] ke 0122517488

5. Cadangan usul boleh diberikan sekarang dan cadangan penambahbaikan Kelab Rakan Taman melalui email ini sebelum AGM berlangsung. Usul anda sangat bermakna untuk dibincangkan dalam mesyuarat nanti. boleh email atau SMS [AGM Usul (jarak) Nama Anda (jarak) Cadangan Usul ke 0122517488

"Tahniah dan sila respon segera. Percayalah anda sangat penting buat kami"

-Bersama Menghijaukan Alam-

Program Kemahiran Kembara Alam


Satu program yang sangat menarik. Mempunyai misi yang sangat berguna kepada semua ahli iaitu mengenali alam dengan lebih dekat melalui pembinaan rintis baru. Program yang bakal berlangsung pada 17 Mac 2012 di Hutan Pendidikan Alam UKM, menawarkan seribu satu pengalaman yang baru bagi mereka yang meminati alam ciptaan yang Maha Esa. Sijil juga ditawarkan kepada mereka yang menyertai program ini.

-Bersama Menghijaukan Alam-

Bengkel Aspirasikan Kehidupan Dengan Buah-buahan


Mari kita bersama mendalami dan berusaha membongkar kebaikan buah-buahan.
Sila hubungi nama seperti diatas bagi sesiapa yang berminat.
Terima kasih

-Bersama Menghijaukan Alam-

Perasmian Kelab



Kelab Rakan Taman UKM sangat berbangga dengan kehadiran YAB Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan kelab ini secara rasminya pada 29 Mac 2010.


Kehadiran YAB kami dahului dengan ucapan terima kasih.

-Bersama Menghijaukan Alam-

Selamat Datang :)


Blog Kelab Rakan Taman ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti terbaru dan bakal dijalankan. Kelab Rakan Taman Universiti kebangsaan Malaysia dengan ini mengajak semua pelawat dalam blog ini untuk menambahkan rasa kecintaan kepada alam ciptaan yang Maha Esa ini. Diharapkan blog ini dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan ilmu tentang alam ini..

-BERSAMA MENGHIJAUKAN ALAM-