Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Saturday 26 October 2013

Jom daftar jadi ahli

[Minggu pendaftaran persatuan 28Okt - 1Nov. 2013]
Salam, Kelab Rakan Taman akan membuka booth (no.28) di aras 4 Pusanika untuk mencari ahli baru yang berminat kepada alam sekitar dan ahli lama yang ingin aktif semula. bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang. Yuran penyertaan RM5 (ahli baru), RM2 (ahli lama). 

Hubungi: Anis 017 – 306 7298
Email: rakantaman@gmail.com
www.facebook.com/rakantaman
hebahkan!!


Tuesday 7 May 2013

Penjelajahan Hutan Hujan dan Invertebrata (TOT RAID)


JEMPUTAN 

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas, pihak Kelab Rakan Taman UKM bersama Hutan Simpan Kekal dan LESTARI UKM, akan menganjurkan satu program latihan kepimpinan alam dan merupakan kesinambungan dari Program SEE Nature yang merupakan singkatan kepada ‘Seek, Educate and Embrace Nature’.
 
2. Sehubungan dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput saudara/i untumenjadi peserta seperti butiran di bawah:
Program : Latihan Kepimpinan Penjelajahan Hutan Hujan dan Invertebrata (TOT RAID)
Tarikh   : 17 Mei 2013 – 19 Mei 2013

17 Mei: 3ptg - 10 malam
18 Mei: 8 pg - 10 malam
19 Mei: 8 pg - 2 ptg.

Tempat : Hutan Pendidikan Alam UKM

tiada LC. tetapi makanan dan pengangkutan percuma. 
bermalam di kolej masing2. 
tempat terhad 30 pelajar. 
boleh beri nama penuh, matriks dan no phone.

3. Tentatif Program dilampirkan untuk rujukan  saudara/i. 


Terima kasih.
0122517488

Sunday 21 April 2013

Pertemuan pertama pimpinan baru


Alhamdulillah Pimpinan Kelab Rakan Taman UKM sesi 2013/2014 telah mengadakan pertemuan pertama untuk perancangan aktiviti kelab.

Pimpinan juga dibawa ke Muzium Alam Semulajadi Putrajaya untuk mendapat ilmu bermanfaat tentang hidupan yang terancam dan kepelbagaian biologi di Malaysia.

Sekaligus, memberi semangat pimpinan baru untuk terus menghijaukan alam!



Friday 12 April 2013

FernaRia III



Hari FernaRia III–Taman Paku Pakis UKM (TPPUKM) bersama Hutan Simpan Kekal UKM 2013 dengan tema ’Mengilham Alam dan Sains’ adalah anjuran Taman Paku Pakis UKM, Hutan Simpan Kekal UKM dan Kelab Rakan Taman, UKM. 

Program diadakan bertujuan untuk mendedahkan generasi muda kepada kepelbagaian alam sekitar, flora dan fauna serta memupuk minat terhadap bidang sains dengan kaedah yang lebih santai. 

Program ini diperkukuhkan dengan Pertandingan Fotografi, Pertandingan ’Fern Colouring’, Pertandingan ’Fern Race’ serta slot ’Love Talk Nature’. 

Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Lembah Kelang. Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan institusi pendidikan tinggi UKM dengan pihak sekolah yang juga memainkan peranan penting dalam pendidikan. 

Antara objektif utama program ini adalah:
1. Melahirkan generasi yang menghargai alam semula jadi dan kekayaan biodiversiti negara kita serta peka kepada alam sekitar.
2. Meningkatkan kesedaran kepentingan bidang sains dan teknologi dan seterusnya memupuk minat generasi baru kepada bidang sains dan teknologi yang digagaskan oleh kerajaan.
3. Melahirkan mahasiswa/i dan masyarakat yang bersifat sukarela dan sedia menyumbang tenaga, idea dan sebagainya ke arah kelestarian alam sekitar.
4. Mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan pada pelbagai peringkat bagi membangunkan generasi insaniah.


Penghargaan kepada sekolah terlibat:
· SK Putrajaya Presint 9 (1)
· SM Putrajaya Presint 14 (1)
· SM Sri Al-Amin
· SR Sri Al-Amin


Penasihat :
Dr. Noraini Talip (TPPUKM)
Dr. Wan Juliana Wan Ahmad (HSKUKM)
Pn. Farrah Melissa Moksin (TPPUKM)
En. Mohamad Ruzi Abdul Rahman (FST)
En. Mohd Arrabe’ Ahmad Baei (KRT)

Pengarah: 
Anis Mardhiah Ibrahim

Setiausaha:Nurdiana Abdul Mutalib
Bendahari:Nurul Ain Norddin

Perhubungan Awam/Protokol: Muhammad Fakhruddin Rostam
Elly Zulaikha Zamri
Mohd Azeem Mohd Azman
Nur Amanina Aminuddin

Pemasaran dan Penajaan: 
Fatin Syahirah Hasan Rijal
Siti Aishah Khairuddin 

Program: 
Noraishah Mohd Zamri
Siti Nur Asyikin Sheikh Ghadzi
Ainaa Amirah Rahim
Siti Nabilah Said
Fathiah Mohd Jamil
Ava Nur Farahiah Maain
Izzati Amirah Azmi
Mohd Hudhairi Hamidon
Nurkhairlida Muhd Khair
Hafis Saman

Keselamatan dan Pengangkutan: 
Roshaiza Binti Abdullah
Mohd Syazwan Md. Saman

Publisiti dan Media: 
Muhammad Adib Che Husain
Muhammad Nasrul Mohd Nasir

Teknikal: 
Mohd Ikhwan Dahari
Suria Fatin Mohd Din

Jamuan: 
Amirah Hasanah Mazlan
Nur Amaliena Muhamad Zali
Abdul Rashid Saad

Tugas-Tugas Khas: 
 Nurnazihah Ahmad
Nor Hayati Mohd Rais

Sunday 31 March 2013

Jawatankuasa 2013/2014



selamat datang JawatanKuasa baru: 
YDP - Anis Mardhiah Ibrahim
TYDP 1 (hubungan luar) - Nurul Ain Norddin
TYDP 2 (hubungan dalaman) - Mohd Syazwan
Setiausaha Agung - Nurdiana Abdul Mutalib
Timbalan Setiausaha - Amirah Hasanah
Bendahari - Syahira Yusoff
Exco Aktiviti & Fasilitator Taman - Amaliena Zali
Exco Kreatif & Inovasi - Syafiqah Piqa Pqa
Exco Perhubungan & Hebahan - Jannah Hamzah.
Exco Kebajikan & Sahsiah - Nurnazihah Ahmad.

Wednesday 27 March 2013

Calling for Annual Grand Meeting

Assalamualaikum and very good evening everyone
Hope you in a pink of health.

After a season (April 2012 until March 2013), Kelab Rakan Taman UKM (Friends' of The Garden) is now ready to make improvement for our club to move forward.
We would like to invite all members and interest people to come and join us for our Annual Grand Meeting.

When : Sunday (31st of March)
What time (insyaAllah) :
2.30 pm - registration
2.45 pm - start
4.00 pm - election
4.30 pm - end

Where: DK 3F 203, Faculty of Social & Humanity Sciences (FSSK)
What Special?
  • discussion for what Rakan Taman had done for a past year
  • discussion for improvement activities and move forward
  • election for new board management
  • announcement of Management Board of Kelab Rakan Taman for session 2013-2014
interested to be a leader and management team?
feel free to fill this form:

and please response this email or SMS 012-2517488 to book your evening tea and handout!
it's free...

Tuesday 12 March 2013

update jemputan 16 Mac

Assalamualaikum semua ahli Kelab Rakan Taman UKM
boleh SMS saya segera!!! 0122517488

program yang terdekat:
1. Hari FernaRia III bersama Hutan Simpan Kekal 
dijangka pada awal April. Anis dan 30 AJK sedang bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini sebaik mungkin. yang tak sertai AJK boleh sertai pertandingan fotografi dan videografi.

2. Mesyuarat Agung 
dijangka pada 31 Mac. boleh anda hadir?

program jemputan:

3.  Siri TOT (Training of Trainer ) Ekorelawan
Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mesyuarat Kolej Antarabangsa Ibu Zain (iZISH) UKM & Sekitarnya
Penyertaan terbuka kepada semua PELAJAR dan KAKITANGAN. Penyertaan hanya terhad kepada 30 orang sahaja. 

PERCUMA. Sertai dan terokailah Kesan perubahan iklim kepada ekosistem bumi. Pelbagai aktiviti dalam kumpulan yang menarik menerusi  program ini.

Tentatif Program:

8.00 am: Pendaftaran & Minum Pagi
8.45 am: Pengenalan oleh Dr. Sandra Ann Zicus
9.45 am : Aktiviti dalam kumpulan
12.30 am : Makan Tengah Hari & Bersurai

rujuk lampiran.

4. The Big Phat English Jamboree
16 & 17 March 2013 
Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh

The Big Phat English Jamboree is an intensive language acquisition bootcamp that makes learning English fun, recreational and almost sport-like in its practise and usage.

Pronunciation drills are attacked like stretching and limbering exercises; grammatical conventions tackled like strategies from the best coaches. And vocabulary expanded like muscle build-up as participants gain strength and power in spoken English

The two ten-hour sessions are like language stamina training where the intended benefit by the end of each is a new-found attitude
towards using English and enjoying its learning in daily life.

boleh SMS saya segera!!! 0122517488
--
Salam ikhlas daripada 
Presiden 
Kelab Rakan Taman UKM
"bersama menghijaukan alam"

blog rasmi: www.rakantaman.blogspot.com (pendaftaran online)
emel rasmi: rakantaman@gmail.com
----
sertai kami di grup FB untuk perbincangan pantas: 

sertai kami di fanpage FB untuk memori gambar dan info umum:

Monday 4 March 2013

Jemputan Anugerah Sekolah Lestari

Assalamualaikum semua ahli Kelab Rakan Taman.

kita dalam program FernaRia 3 bulan April ini - permohonan AJK masih dicari.
kita ada jemputan ke kilang Canon ada 9 Mac ini - peserta masih dicari.

[jemputan untuk Kelab Rakan Taman]

Majlis Anugerah Sekolah Lestari Putrajaya akan diadakan pada 07 Mac 2013 (Khamis) di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya dimana Majlis Anugerah tersebut juga akan disi dengan Program Bicara Motivasi : Menggapai Bintang bersama Angkasawan Negara YBhg. Dato Dr Sheikh  Muszaphar Shukor . 

Program yang dirancang oleh PPj ini merupakansebahagian  program Local Agenda 21 berteraskan pendidikan dan pembelajaran luar kelas pelajar-pelajar Putrajaya dimana taklimat yang akan disampaikan oleh Angkasawan Negara ini adalah berkaitan dengan pendedahan dan motivasi kepada pelajar sekolah/pelajar IPT tentang teknologi yang mampu membawa manusia menerokai sains dan keajaiban angkasa serta pengiktirafan kepada sekolah yang melakasanakan amalan lestari di sekolah. Dalam perlaksanaan
anugerah dan program sekolah lestari, pihak UKM turut terlibat sebagai Rakan LA 21 di sepanjang program. 

Sehubungan itu, PPj berbesar hati untuk menjemput 2 orang pensyarah UKM dan 15 pelajar UKM untuk hadir ke majlis di atas.

[sila SMS saya ASAP 0122517488]


terhad kepada 15 ahli Kelab Rakan Taman. JOM!!

Tuesday 26 February 2013

Lawatan ke Kilang Canon


Assalamualaikum semua ahli Kelab Rakan Taman.

Kita baru tamat program 20 hari SEE Nature dan mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada Malaysian Nature Society dan Timbalan Naib Canselor HEJIM UKM, Prof. Dato' Dr. Saran Kaur Gill dan sekarang 
kita dalam kehangatan Karnival Fernaria 3. nanti Anis Mardhiah akan contact dengan AJK yang berminat nak terlibat sama.


untuk program terdekat ni, Kita dapat jemputan dari Pihak LESTARI melalui Kelab Sosial dan Rekreasi bersama Kelab Eko-relawan UKM akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Kilang Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd di Shah Alam Selangor pada 9 Mac 2013 (Sabtu):

Tentatif Program
7.15 pagi Berkumpul di Lobi LESTARI

7.45 Bas bertolak ke Shah Alam

9.00 Dijangka sampai di Kilang Canon

-Taklimat oleh Canon
-Lawatan di Kilang Canon
-Sessi perbincangan/soal jawab antara LESTARI dan Canon
-Makan tengahari

Program dijangka tamat 2.00 petang

"kita akan lihat bagaimana Canon sebagai sebuah syarikat multinasional memainkan peranan dalam 

melestarikan alam sekitar" En. Nik Faizul, pegawai LESTARI
terhad kepada 15 ahli Kelab Rakan Taman.
ada yang berminat tak? sila SMS saya Arrabe' 012-2517488 atau balas emel ini.

Tuesday 19 February 2013

Pencarian AJK Karnival Fernaria 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli Kelab Rakan Taman semua!!
Harap anda semua sihat dan bersemangat!!!

Kami mencari  AJK bagi program Karnival Fernaria 3. Learning Contract adalah 2 jam kredit.
Program ini akan berlangsung pada 29 Mac-30 Mac 2013. Bertempat di Taman Paku Pakis dan Herba dan Bangunan Biologi, FST,UKM. Program ini bertujuan mengajak para pelajar sekolah dan mahasiswa/wi lebih mendekati alam sekitar dengan lebih santai.

Post yang ditawarkan adalah:
-Perhugungan Awam,
-Pemasaran & Penajaan,
-Program,
-Keselamat dan Pengangkutan,
-Publisiti dan Media,
-Teknikal,
-Jamuan dan
-Tugas-Tugas Khas

Bagi yang berminat berminat bolelah hantarkan butiran anda seperti nama penuh, no.Hp, No.Matrik dan post yang anda pilih dengan membalas email ini kembali atau sms/hubungi Anis  017-3067298. Tarikh tutup penghantaran butiran lengkap pada Ahad 24 Febuari 2013 atau join FB dibawah.

Pada 20 Febuari 2013 juga akan diadakan mensyuarat Karnival Fernaria 3. Bertempat di Pejabat Taman, Bangunan Biologi, FST,UKM. Pada pukul 5.30 petang. Bagi yang ingin menjadi AJK sila datang pada mesyuarat ini dan kami juga mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli KRTUKM yang lain. 



Jumpa anda di sana.Terima kasih...

Thursday 24 January 2013


Hari ke-6 di KSNP

Aktiviti melihat kelip-kelip pada malam hari (hari ke-5 di KSNP) merupakan satu pengalaman baru dan menyeronokkan untuk semua peserta. Banyak maklumat dan pengetahuan baru yang dipelajari. Oleh itu, pada keesokan harinya, hari ke-6 di KSNP, sesi perbincangan telah diadakan. Menurut En. Sonny Wong, terdapat beberapa habitat kelip-kelip yang baru telah dijumpai. Selain itu, terdapat juga kawasan yang dahulunya dihuni oleh kelip-kelip tidak lagi menjadi habitat buat kelip-kelip. Hal ini mungkin terjadi kerana ekologi kawasan tersebut telah terganggu akibat pembalakan di kawasan-kawasan berdekatan. Kesimpulannya, kelip-kelip dapat menjadi satu indikator buat sebarang perubahan kepada ekologi dan ekosistem alam.




Peserta turut didedahkan mengenai pelbagai teknik  dan ‘petua-petua’ berguna sewaktu sesi pendidikan alam sekitar yang dikendalikan oleh En. Prasad. Selain itu, tugasan berkumpulan turut diberikan. Kami turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama dengan Kelab Pencinta Alam (MNS) menguruskan hari bencah sedunia (Wetland Day).


                                            Sesi perbincangan berkumpulan

                                                  Praktikal mengambil sampel air

Pada waktu petang pula,  sesi lapangan telah diadakan. Satu pengalaman baru buat kami kerana buat pertama kali kami dibawa melihat burung di menara.

Taklimat kepada semua peserta

Jalan ke menara yang berbecak

Memerhatikan burung dari menara

Antara spesis kulat di hutan KSNP

Pada waktu malam pula, sesi praktikal melihat kelip-kelip dijalankan. Pada malam itu, bilangan kelip-kelip yang dijumpai tidak sebanyak pada hari ke-5. Cuaca yang hendak hujan mungkin menjadi faktor utama. Selain itu, tidak banyak larva yang ditemui.



Jadual tamat pada pukul 11.30 malam. Banyak pengalaman, ilmu dan pengetahuan baru yang ditimba pada hari ini…