Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Tuesday 26 February 2013

Lawatan ke Kilang Canon


Assalamualaikum semua ahli Kelab Rakan Taman.

Kita baru tamat program 20 hari SEE Nature dan mendapat maklumbalas yang sangat baik daripada Malaysian Nature Society dan Timbalan Naib Canselor HEJIM UKM, Prof. Dato' Dr. Saran Kaur Gill dan sekarang 
kita dalam kehangatan Karnival Fernaria 3. nanti Anis Mardhiah akan contact dengan AJK yang berminat nak terlibat sama.


untuk program terdekat ni, Kita dapat jemputan dari Pihak LESTARI melalui Kelab Sosial dan Rekreasi bersama Kelab Eko-relawan UKM akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Kilang Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd di Shah Alam Selangor pada 9 Mac 2013 (Sabtu):

Tentatif Program
7.15 pagi Berkumpul di Lobi LESTARI

7.45 Bas bertolak ke Shah Alam

9.00 Dijangka sampai di Kilang Canon

-Taklimat oleh Canon
-Lawatan di Kilang Canon
-Sessi perbincangan/soal jawab antara LESTARI dan Canon
-Makan tengahari

Program dijangka tamat 2.00 petang

"kita akan lihat bagaimana Canon sebagai sebuah syarikat multinasional memainkan peranan dalam 

melestarikan alam sekitar" En. Nik Faizul, pegawai LESTARI
terhad kepada 15 ahli Kelab Rakan Taman.
ada yang berminat tak? sila SMS saya Arrabe' 012-2517488 atau balas emel ini.

Tuesday 19 February 2013

Pencarian AJK Karnival Fernaria 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli Kelab Rakan Taman semua!!
Harap anda semua sihat dan bersemangat!!!

Kami mencari  AJK bagi program Karnival Fernaria 3. Learning Contract adalah 2 jam kredit.
Program ini akan berlangsung pada 29 Mac-30 Mac 2013. Bertempat di Taman Paku Pakis dan Herba dan Bangunan Biologi, FST,UKM. Program ini bertujuan mengajak para pelajar sekolah dan mahasiswa/wi lebih mendekati alam sekitar dengan lebih santai.

Post yang ditawarkan adalah:
-Perhugungan Awam,
-Pemasaran & Penajaan,
-Program,
-Keselamat dan Pengangkutan,
-Publisiti dan Media,
-Teknikal,
-Jamuan dan
-Tugas-Tugas Khas

Bagi yang berminat berminat bolelah hantarkan butiran anda seperti nama penuh, no.Hp, No.Matrik dan post yang anda pilih dengan membalas email ini kembali atau sms/hubungi Anis  017-3067298. Tarikh tutup penghantaran butiran lengkap pada Ahad 24 Febuari 2013 atau join FB dibawah.

Pada 20 Febuari 2013 juga akan diadakan mensyuarat Karnival Fernaria 3. Bertempat di Pejabat Taman, Bangunan Biologi, FST,UKM. Pada pukul 5.30 petang. Bagi yang ingin menjadi AJK sila datang pada mesyuarat ini dan kami juga mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli KRTUKM yang lain. 



Jumpa anda di sana.Terima kasih...