Official Website for The National University of Malaysia (UKM)'s Friends of the Gardens Club.

Borang Pendaftaran Ahli KRTUKM

Nama:
Email:
Nombor Matrik:
Tahun/Fakulti :
Nombor Telefon Bimbit:
Kolej Kediaman: (Optional)

This form powered by Freedback

Thursday 20 December 2012

SEE Nature 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli Kelab Rakan Taman semua!!



 berminat menjadi ala saintis? saintis muda?
berminat nak mengkaji tentang burung?
berminat nak mengkaji kehidupan kelip-kelip?
berminat nak masuk paya bakau? 

rasai pengalaman selama 20 hari dalam Program Kesedaran Alam UKM-MNS atau S.E.E. Nature Program 2013. "Seek, Educate, Embrace Nature". program ini adalah anjuran Kelab Rakan Taman bersama dengan Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat HEJIM UKM, NGO Malaysian Nature Society, FST, LESTARI, IZISH dan Kelab Eko-relawan.

 Tarikh: 19 Januari 2013 sehingga 7 Februari 2013 (20 hari)
Tempat: Taman Alam Kuala Selangor
Terhad: 30 orang sahaja (bukan ahli pun boleh, kita masih buka pendaftaran keahlian)

penginapan: disediakan percuma
makanan: disediakan percuma
baju: insyaAllah percuma

kami masih mencari AJK, LC kami sedang usahakan 3 unit. tahun lepas 23 peserta telah mendapat 3 unit dalam program yang sama pada bulan Januari 2012.
jika tidak mahu LC, boleh sertai kami sebagai peserta.

 hubungi Arrabe' 0122517488 atau balas email rakantaman @gmail.com ataupun join FB di bawah. 

--
 Kelab Rakan Taman UKM
"bersama menghijaukan alam"
 blog rasmi: www.rakantaman.blogspot.com (pendaftaran online)
emel rasmi: rakantaman@gmail.com

----
sertai kami di grup FB untuk perbincangan pantas: http://www.facebook.com/groups/rakantaman/

sertai kami di fanpage FB untuk memori gambar dan info umum: http://www.facebook.com/rakantaman

Saturday 8 December 2012

Photo Contest YEE2012

baru-baru ini (25 November 2012), Kelab Rakan Taman telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Fotografi dalam Youth Environmental Expo UPM-MNS (YEE) iaitu  Anis Mardhiah Ibrahim.
YEE ini adalah anjuran Malaysian Nature Society (MNS) dan Universiti Putra Malaysia. sebanyak 15 penyertaan daripada pelbagai universiti telah menyertai pertandingan ini.

syarat pertandingan ini ialah
1. peserta dilepaskan oleh perasmi program pada 25 November 2012 untuk mengambil gambar bersesuaian dengan tema "we love, we care, we conserve" di sekitar UPM.
2. peserta akan menghantar softcopy gambar kepada urusetia sebelum jam 5 petang.
3. undian akan dibuat melalui jumlah klik terbuat selama seminggu.
4. keputusan akan diumumkan pada 8 Disember 2012.


gambar yang telah dipilih oleh Anis
Anis Mardhiah Ibrahim





kenapa gambar ini dipilih?


jadi setelah seminggu kami hanya berjaya mendapatkan 361 undi like.


keputusan telah dikeluarkan, kita tidak tidak menang. tetapi Kelab Rakan Taman tetap berbangga kerana Anis telah berusaha gigih untuk menyertai pertandingan ini dan menambat hati setiap pengundi. tahniah diucapkan! jangan bimbang, kita tidak akan patah semangat dan kita akan terus memberikan gambar-gambar yang berkualiti dan mempunyai makna tinggi pada pertandingan yang akan datang. bersama kita terus menyokong usaha kelestarian alam.

klik disini untuk lihat 15 penyertaan. YEE Photo Contest #Entry

Friday 7 December 2012

Konvensyen Kampus Lestari 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekarang sedang berlangsung Konvensyen Kampus Lestari 2012 di Bilik Senat aras 5 canselori.
bermula hari ini 8 Disember dan 9 Disember 2012. 

kita dijemput untuk menghadiri konvensyen. ada pameran dan pembentangan pelajar tentang projek-projek kelestarian alam. mungkin daripada konvensyen ni kita dapat idea untuk melestarikan alam! waw.

nak tahu lebih lanjut? klik sini KKL 2012

siapa yang free petang ni dan esok, jom sertai kami, jadi wakil kelab rakan taman.
boleh contact kak ina - 0132443661.

sertai kami di grup FB untuk perbincangan pantas: 
sertai kami di fanpage FB untuk memori gambar dan info umum: